Pernahkan anda mendengar istilah Teman tapi mesra (TTM)? Ataupun maksud yang mudah di fahami sebagai kawan tetapi intim. Kebanyakkan masyarakat di luar sana sering mengaku hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan, namun kelakuan merka telah menjawab segalanya. Seperti lagu yang telah dipopularkan oleh penyanyi dua ‘Ratu’ dari negara Indonesia.
Memiliki kawan rapat berlainan jantina mungkin boleh menjadi teman yang baik ketika anda gembira dan sedih. Tetapi di sudut hati anda sudah menaruh sedikit perasaan kasih dan tertanya-tanya adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti yang anda rasakan.
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri kawan tapi mesra yang harus anda ketahui.
1. Ayat mengoda

Pernahkan anda dan kawan bersaing di antara satu sama lain? Walaupun ianya hanya sekadar gurauan biasa. Tapi anda boleh dikategorikan sebagai berkawan namun intim. Contoh pertanyaannya seperti ‘Ke mana kau nak pergi?’ lalu dia menjawap ke hati awak’.
2. Panggilan mesra

Sudah menjadi kebiasaan antara anda dan kawan suka memanggil antara satu sama lain sebagai panggilan ‘Sayang’, ‘Awak’, ataupun ‘Beb’, itu sudah termasuk kategori Kawan tapi mesra (TTM). Mungkin anda rasakan semua itu adalah sebagai perkara biasa, namun bagi yang mendengarnya, sudah pasti mereka memikirkan anda mempunyai hubungan intim lebih dari seorang kawan.
3. Sentuhan dan pelukan tangan

Jika anda gemar memaut lengan pasangan ataupun rakan-rakan, itu sudah termasuk ciri berkawan tapi intim. Sudah nampak terlalu rapat dan intim, tetapi masih mengaku kawan biasa.
4. Sering berdua-duaan

Mungkin sudah biasa jika seorang kawan sering meluangkan masa bersama-sama. Contohnya, pergi ke pusat membeli-belah, pergi ke pantai, taman dan sudah pasti anda datang untuk menjemputnya. Anda juga mempunyai ramai kawan dan bukan hanya dia seorang sahaja. Tetapi anda lebih senang dan gembira bersamanya kemana-mana saja mesti hendak berdua seperti belangkas.
Jika anda berkawan rapat dengan sama jantina, mungkin perkara ini tidak menjadi satu permasalahan dan ianya normal. Namun jika anda berkawan dengan jantina berlawanan jenis, sudah pasti ianya nampak sedikit janggal. Tidak mustahil jika anda menyimpan perasaan terhadap si dia apatah lagi sering bersama-sama dan berkongsi permasalahan berdua. Sekian petikan dari CiriCara.com.
Bincang post