Tahukah anda bahawa rata-rata orang dapat mengimbangkan diri hanya dengan satu kaki selama 33.4 saat? Adakah anda rasa konfiden untuk menyahut cabaran ini dan bertahan untuk lebih lama? Mari kita cuba bersama!

Berdiri dengan satu kaki (ala-ala flamingo gitu). Letakkan kedua-dua tangan anda di dada sambil memastikan anda menyentuh bahu anda. Jangan biarkan kaki anda saling menyentuh. Pandang lurus ke depan dengan mata terbuka dan fokus pada objek yang berukuran lebih kurang 3 kaki di hadapan. Mulakan timer!

Sejauh manakah anda berjaya? Adakah anda berjaya bertahan lebih dari 33.4 saat? Atau adakah anda mendapati diri anda hilang keseimbangan?
Sekiranya jika anda berjaya bertahan lebih dari 33.4 saat, sungguh mengagumkan! Good job! Tetapi jika anda terasa kehilangan keseimbangan, (alamak!) Ini mungkin disebabkan oleh perubahan sendi yang merosot di tulang belakang dan anggota badan yang lebih rendah yang mengurangkan refleks dan melemahkan otot anda.
Seiring meningkatnya usia, kita mula menyedari bahawa kita cenderung untuk kehilangan keseimbangan lebih kerap dan kadang-kala malah mengalami sakit sendi badan, terutamanya di lutut. Ini semua adalah tanda-tanda fungsi dan kesihatan sendi dan otot anda telah merosot dari masa ke masa.
Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki keadaan kesihatan anda sekarang? Salah satu caranya adalah dengan memastikan bahawa anda mengambil supplement yang betul yang dapat membantu menjaga kesihatan tulang dan otot. Lagi satu cara adalah dengan mengamalkan OLS setiap hari kerana ia akan membantu meningkatkan koordinasi, fungsi dan keseimbangan fizikal badan anda.
Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sendi dan otot khalayak ramai, BiO-LiFE Joint Health telah memulakan kempen #OLSchallenge ini, juga dengan harapan orang ramai akan mula mementingkan kesihatan mereka.
Sejak permulaan cabaran ini, banyak influencer tempatan telah mencuba #OLSchallenge dan berkongsi pengalaman mereka di Instagram dan Facebook. Kami benar-benar kagum dengan “skill” keseimbangan yang mereka ada. Anda boleh melihat para influencer tempatan beraksi dengan mengklik pautan-pautan ini:
Kami di Bukanaku ingin mendorong anda menyahut cabaran dalam kempen #OLSchallenge dan kami juga ingin beritahu bahawa anda berpeluang untuk memenangi produk BiO-LiFE bernilai RM150 dan T-shirt eksklusif #OLSchallenge!
Ingat, ini adalah lebih dari sekadar satu cabaran, ia adalah senaman sederhana yang jika dilakukan dengan betul dan konsisten, ianya dapat meningkatkan keseimbangan anda dan juga menguatkan otot-otot anda. Oh! Anda juga tidak perlu risau, kerana senaman ini sesuai untuk semua peringkat usia.
Ingatlah untuk #OLSchallenge dan #biolifemalaysia semasa anda menyiarkan video anda di Instagram atau Facebook dan tag-kan BiO-LiFE @biolifemy sebelum 15 Julai 2020. Mari kita mulakan cabaran sihat dan bermanfaat ini hari ini!
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran dan ganjaran yang menanti anda, klik di sini: https://www.biolife.com.my/health-tips/joint-bone-health/ols-challenge
Bincang post