Semua golongan umur minum kopi. Adakah anda seorang pencinta kopi ataupun sebaliknya. Kadangkala hidup anda sekan tidak sempurna jika dalam sehari tidak minum kopi walaupun sedikit.
Kopi memang minuman kegemaran bagi kebanyakan orang. Ia disebabkan rasa yang sangat sedap dan aroma kopi yang sangat harum. Kopi juga sangat digemari tidak kira usia, agama ataupun bangsa.
Para ilmuan dari Sweden mempercayai bahawa mengamalkan pengambilan kopi yang mengandungi kafien juga boleh mempengaruhi hormon pada tubuh badan bagi penghalang pertumbuhan penyakit kanser.
Menurut kajian dari Sweden, mengamalkan sebanyak 5 gelas kopi sehari boleh membantu mencegah terjadinya kanser payudara. Namu kesan sampingannya, ia boleh mengecilkan ukuran bentuk payudara wanita.
Kanser payudara dan kopi

Para penyelidikan yang berasal dari Swedan telah membuat kajian dan keputusannya. sekiranya seorang wanita mengamalkan minum air kopi sebanyak 3 cawan sehari, ia dapat membantu menurunkan risiko kanser payudara sebanyak 33% daripada wanit-wanita lain.
Penggunaan kopi juga boleh melambatkan perkembangan payudara jika penggunaan kopi secara berlebihan. Akan nampak perbandingan sama ada orang yang gemarkan kopi dengan yang tidak gemarkan kopi.

Penyelidik dari Institut yang berasal dari Sweden telah mengkaji terhadap 6,000 wanita yang berusia lebih dari umur 50 tahun yang mengamalkan 5 gelas air kopi setiap hari ia boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 57% di kalangan wanita yang sudah menopause.
Kopi dan ukuran payudara

Tahukan anda, penggunaan kopi yang berlebihan juga boleh memberikan kesan yang buruk dengan menjejaskan ukuran payudara anda. Janganlah risau, payudara anda tidak akan mengecil serta merta. Menurut kajian, wanita yang mengamalkan sebanyak 3 cawan sehari atau lebih, kemungkinan besar mereka akan mempunyai 17% lebih kecil daripada wanita yang minum kopi kurang dari 3 cawan sehari. Kesan kopi akan semakin kuat dalam setiap gelas yang anda amalkan.

Kesan sampingan minum kopi secara berlebihan juga akan menganggu masa tidur dan rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuh badan. Bagi wanita yang mengandung ataupun yang masih menyusui bayi, sebaik-baiknya ada kurangkan pengambilan kopi, ini kerana ia termasuk dalam saluran air susu ibu. Dikhuatiri anak anda akan susah tidur disebabkan kopi yang anda minum.
Apa yang paling penting adalah mengekalkan gaya hidup sihat dan seimbang sebagai kunci untuk kekal sihat dan terhindar dari mana-mana penyakit. Mencegah lebih baik dari mengubati. Selamat mencuba.
Bincang post