Setiap wanita sudah pasti pernah merasa pengalaman sakit sengugut ketika datang bulan, mungkin setiap orang berbeza, namun tetap merasa sakit yang sama, iaitu kekejangan otot dan sakit bahagian pinggang dan peha.
Merasa sakit perut, tak selesa pada belakang badan, sakit kepala, dan berdarah teruk bukan asing lagi kepada wanita bila sampai masanya setiap bulan. Ianya adalam mimpi buruk bagi sesetengah orang yang takut dengan darah.

Sebenarnya, ada beberapa petua dan bahan yang digunakan untuk meredakan kesakitan seterusnya menyebabkan anda kembali segar serta ceria.
Yang penting, penggunaan bahan semula jadi ini dilihat lebih sihat berbanding mengambil pil tahan sakit.
1. Minyak bijan
Sangat terkenal dalam perawatan ayurveda, minyak bijan mengandungi asid linoleic yang bersifat anti-radang dan juga anti-oksidan.
Caranya, anda sapu dan urut perut menggunakan minyak bijan ini ketika datang bulan. Ia membantu melegakan senggugut dengan baik sekali.
2. Tuam
Teknik tuam ini bukan sahaja baik untuk ibu yang mengalami bengkak susu. Teknik tuam telah terbukti melegakan senggugut dan juga kejang perut. Ini kerana haba membantu melegakan otot dan juga uterus.
Tuamkan pada perut dan juga lower back anda. Gunakan botol plastik yang diisi air panas. Selain itu, anda boleh menuam dengan menggunakan tuala yang direndam air panas.
Mandi air hangat juga melegakan kesakitan pada badan anda seterusnya menjadikan badan lebih segar.
3. Kulit kayu manis
Kulit kayu manis yang sering digunakan dalam masakan mempunyai fungsi hebat iaitu anti-radang yang mampu meredakan kesakitan akibat senggugut.
Caranya, sediakan teh kulit kayu manis dengan memasukkan sedikit serbuknya ke dalam secawan air panas. Biarkan ia selama 5 minit, kemudian tambahkan madu.
Ambil dua hingga tiga cawan sehari, dua hari sebelum period anda datang. Ia dapat mengelakkan senggugut berlaku.
4. Parsley
Bukan setakat herba dan juga sayuran biasa, parsley mengandungi elemen yang mampu melancarkan haid dan melegakan kekejangan.
Caranya, masukkan 1/4 cawan parsley ke dalam mug. Masukkan air panas. Biarkan ia selama 5 minit.
Kemudian habiskan air parsley tersebut. Minum dua kali sehari ketika period untuk mengurangkan kesakitan.
5. Betik
Siapa sangka betik rupanya membantu mengurangkan kesakitan ketika datang bulan. Ini kerana ia mengandungi elemen anti-radang, selain tinggi dengan nutrien seperti vitamin A dan C, iron dan karoten yang melegakan dinding rahim.
Caranya, sebelum dan ketika datang bulan, ambil betik sebagai salah satu diet anda. Ia membantu melegakan kesakitan anda.
Jangan mengamalkan makan ubat-ubatan, kerana takut akan mendapat kesan sakit bawah pinggan dikemudian hari. Sekian petikan dari bm.cari.com.my
Bincang post