Daun kari adalah bahan masakan yang wajib ada bagi masyarakat India, ini kerana mereka sangat menyukai masakan berasaskan kari. Ianya adalah menu wajib bagi masyarakat mereka.
Daun kari biasanya sangat memberi manfaat dan berkhasiat menambah bau harum masakan. Bukan hanya memberi manfaat dalam masakan, malah memberi manfaat kepada manusia dari segi lainnya.

Daun Kari rupanya mampu memberi manfaat kepada ibu hamil, jom kita lihat manfaat-manfaatnya.

1. Loya dan pening
Wanita yang sedang hamil sememangnya akan mengalami pening dan loya, jika mereka selalunya menggunakan asam sebagai bahan untuk menghilangkan rasa loya, daun kari juga mampu mengawal rasa loya anda.
Caranya : Ambil jus daun kari yang segar dan campur dengan perahan limau nipis. Boleh juga letakkan daun kari berdekatan dengan anda supaya aromanya akan menghilangkan mabuk dan pening-pening lalat.
2. Penawar cirit-birit dan buasir
Jika anda mengalami cirit-birit yang sangat teruk, sebelum anda pergi ke klinik, sebaiknya cuba dahulu tips berguna ini. Daun kari dapat menguatkan perut dan mengatasi sembelit.
Caranya : Jus daun kari campurkan dengan sedikit madu.
3. Merawat diabetes, kegemukan dan kencing manis
Banyak kebaikkan dan manfaat daun kari untuk badan, antaranya ialah mampu mengawal kencing manis dan juga kegemukkan.
Caranya : Rebus kulit batang daun kari yang kering dan minum airnya. Amalkan juga memakan daunnya setiap hari selama 3 bulan.
4. Lebam dan bengkak
Jika anda mempunyai anak-anak yang sangat aktif dan suka berlari, akibatnya anak mudah terjatuh dan mengalami bengkak dan juga lebam.
Selain mampu mengatasi penyakit kronik, ianya juga digunakan untuk merawat luka atau lebam dan bengkak.
Caranya : Hancurkan atau tumbuk daun kari dan tampalkan pada bahagian yang bermasalah tersebut.
Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari daun kari, jika kita hanya tahu ianya boleh digunakan dalam masakkan sahaja, ianya ternyata berguna dari sisi lainnya. Sekian petikan dari bm.cari.com.my
Bincang post