Perkara yang paling membimbangkan bagi kaum wanita adalah dengan munculnya selulit dibeberapa bahagian tubuh badan. Bagi sesetengah individu, kehadiran selulit boleh menganggu penampilan seharian mereka. Keyakinan juga boleh dipulihkan sekiranya masalah selulit boleh dihilangkan dari tubuh badan dengan serta merta.
Selulit selalunya digambarkan dengan keadaan kulit yang bergelombang serta berbintik kecil seperti keadaan kulit buah oren dan ianya disebabkan oleh kandungan lemak yang berkumpul di bahagian tersebut. Kebiasaannya, selulit muncl di bahagian perut, punggung, paha dan juga pinggul.
Masalah selulit juga anda boleh melihat jika anda mencubit ataupun meramas sedikit agar ia kelihatan. Sekiranya keadaan selulit menjadi semakin teruk, ia akan nampak lebih jelas di permukaan kulit ianya dianggap normal dan anda tidak perlu terlalu tertekan.
Cara bagi menghilangkan masalah selulit
Anda hanya perlukan penjagaan yang ringan sahaja di rumah. Hanya menggunakan krim penghilang selulit juga merupakan rawatan yang sama seperti doktor menlakukan rawatan. Anda juga boleh membuat pilihan bagi sesuai dengan keadaan anda.
Bagi yang memiliki badan yang gemuk, kemungkinan akan lebih cenderung menghadapi selulit berbanding berbadan kurus. namun anda tidak perlu rasa risau akan perkara tersebut, Terdapat banyak cara bagi memudarkan selulit seperti berikut:
1. Banyak minum air putih

Perbanyakkan minum air putih juga boleh membantu menjadikan tisu menghubung kulit menjadi semakin kuat dan lembut sehingga boleh memaksimumkan risiko selulit. Minum air secukupnya juga boleh membantu mencegah perbentukan lemak dan pada masa yang sama selulit juga akan hilang.
2. Mengurangkan berat badan

Sekiranya anda mengalami berat badan secara berlebihan, sebaiknya anda berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sesuai. Kaedah tersebut sedikit sebanyak dapat membantu anda menyingkirkan masalah selulit. Sebaiknya anda mengamalkan diet secara teratur dan selamat.
3. Melakukan senaman dengan teratur

Senaman bukan saja boleh memiliki tubuh badan ideal, malah ia juga boleh mengatasi permasalah selulit yang anda hadapi. Kerap mengamalkan senaman setiap hari, boleh membantu pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Pada masa yang sama, ia juga menjadikan otot dan kulit anda menjadi lebih tegang agar boleh menyembunyikan keadaan selulit. Terdapat beberapak pergerakan senaman yoga yang boleh anda amalkan seperti melompat, squats bagi menghilangkan kemunculan selulit.
4. Krim

Cara yang sering digunakan adalah penggunaan krim yang mengandungi retinol dan juga kafien. Gabungan kedua-dua ramuan iniadalah sangat berkesan bagi mengurangkan masalah selulit. Ini kerana, retinol mampu meningkatkan kolagen manakala kafien pula mengecutkan lemak.
5. Urutan

Mengunakan kaedah urutan sememangnya tidak mempu memberikan kesan jangka masa panjang, oleh kerana menggunakan pemotongan sedutan dan penggelek yang mampu menyembunyikan selulit dari kelihatan. Cara urutan juga mampu memecahkan penghubung yang boleh menyebabkan lambung di bahagian selulit serta melancarkan peredaran darah.
6. Filler

Kaedah suntikan filler juga mampu menyembunyikan masalah selulit. Produk ini juga mampu merawat serta menjadikan permukaan selulit menjadi rata. Namun ia hanya bersifat sementara dan perlu diulangi selepas tempoh yang tertentu.
Sebenarnya banyak kaedah bagi menghilangkan masalah selulit. Penyebab selulit juga berpunca dari lemak yang berlebihan, kurang melakukan senaman dan kerapmerokok. Bagi yang inginkan cara yang lebih selamat, anda boleh terus berjumpa dengan doktor dermatologi untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan keadaan anda.Sekian petikan dari Alodokter.com. Selamat mencuba.
Bincang post