Bagi yang mengalami masalah rambut kering dan keras sudah pasti ianya menjadi perkara yang sangat merungsingkan kepala dan buat anda menjadi tidak yakin.
Mendapatkan rambut yang cantik dan tidak kering, tidak semestinya anda harus kerap pergi ke salon untuk membaiki permasalah itu. Kini anda tidak perlu berbuat sedemikian, anda boleh saja melakukan sendiri di rumah tanpa perlu berbelanja mahal-mahal untuk ke salon.
Anda boleh membuat masker rambut dan merawat kekeringan pada rambut serta mengembalikan kelembutan serta kelembapan rambut anda.
Anda boleh gunakan cara berikut bagi mengembalikan rambut yang lembut dan cantik dengan cara selamat yang boleh anda amalkan di rumah.
1. Minyak dan yogurt

Gabungan minyak dan juga yogurt boleh memberikan kerjasama bagi membaiki rambut yang rapuh dan rosak. Hasil gabungan kedua-dua bahan ini sangat berguna pada rambut yang kering. Rambut kering terjadi adalah dari tabiat yang sering menggunakan alat pelurus rambut, pengering rambut ataupun pengerintingkan rambut dengan kerap.
Bahan-bahan bagi menghasilkan masker rambut adalah seperti berikut:
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 6titisan minyak aroma seperti melati, argan ataupun lavender
- 125ml yogurt tanpa perasa dan sedikit warna tambahan
Cara-cara pembuatannya seperti masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar (blender) sehingga halus. Selesai mengisar, anda boleh sapukan pada bahagian rambut yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh tutup rambut anda dengan tuala ataupun penutup kepala selama 20 minit. Kemudian anda boleh bilaskan rambut dngan menggunakan air hangat sehingga betul-betul bersih. Amalkan pemakaian masker rambut ini 3 kali seminggu bagi memperoleh kesan yang memuaskan.
2. Mayonis

Bagi masker rambut yang seterusnya yang telah dicungkil dari Livestrong yang mencipta buku tersebut adalah GretaBreedove yangdiberi nama Herbal Treatments for Healthy Hair. Penggunaan mayonis pada rambut boleh berfungsi sebagai merawat masalah rambut kering. Ini kerana, mayonis diperbuat daripada cuka, minyak dan juga telur bagi memberikan rambut yang sihat.
Cara penghasilannya sangat senang, anda hanya perlukan mayonis yang diletakkan ke dalam sebuah mangkuk dengan secukupnya. Basahkan rambut anda terlebih dahulu dengan menggunakan air sederhana suam. Selepas itu anda boleh oleskan mayonis ke bahagian kulit kepala dan terkena setiap helaian rambut supaya ia boleh menyerap dengan sempurna. Biarkan selama 30 minit.
Setelah selesai, anda boleh menggunakan syampoo dan usapkan ke bahagian rambut tanpa menggunakan air. Ini boleh menghalang pemecahan minyak dalam mayonis pada rambut. Kemudian, anda boleh bersihkan dengan menggunakan air sejuk sehingga syampoo betul-betul bersih.
Bagi yang gemarkan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakannya dan juga sebiji telur ke dalam mayonis supaya rambut menjadi lebih lembab dan lembut.
3. Minyak zaitun, avocado dan madu

Avocado memang kaya dengan kandungan vitamin, asid lemak dan juga mineral yang boleh membantu mengembalikan kilauan pada rambut. Gabungan avocado, minyak zaitun dan madu juga boleh memperbaiki masalah rambut kering dan jga rapuh. Bukan itu saja, ketiga-tiga bahan ini juga berfungsi sebagai melindungi rambut dari terus dalam keadaan rosak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:
- 1 biji avocado
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan madu asli
Kisar ketiga-tiga bahan itu supaya berbentuk seperti pasta. Pertama sekali, anda boleh basahkan rambut sebelum menggunakan masker rambut. Oleskan pada bahagian rambut dan lakukan sedikit urutan sehingga bahan tersebut betul-betul meresap ke dalam kulit kepala. Bilas dengan menggunakan air dan syampoo. Amalkan memakai masker ini seminggu sekali.
4. Minyak kelapa dan pisang

Selalunya, orang tidak mahu makan jika pisang dalam keadaan yang sudah terlebih masak. Jangan anda tidak tahu, penggunaan pisang lembik juga bagus untuk mengatasi masalah rambut anda.
Kandungan kalium dan minyak semulajadi yang ada pada pisang juga boleh memberikan perlindungan bagi menghalang rambut menjadi bercabang. Anda boleh tambahkan sedikit minyak zaitun ke dalam masker dan ia berfungsi menghaluskan setiap helaian rambut anda daripada sinaran matahari.
Anda hanya perlu melenyekkan pisang dan campurkan dua sudu makan minyak kelapa. Sapukan pada keseluruhan rambut yang basah dan biarkan selama 30 minit kemudian anda boleh cuci rambut sehingga bersih. Bukan itu saja, anda harus minum air yang secukupnya bagi mengelak rambut kembali menjadi kering dan rosak. Minum air yang secukupnya juga boleh memberikan kelembapan pada rambut anda.
Sangat mudah bagi membuat masker rambut dari bahan semulajadi. Bahkan ia juga boleh menjimatkan wang perbelanjaan anda. Selamat mencuba. Sekian patikan dari Hellosehat.com.
Bincang post