Mungkin masih ada segelintir wanita-wanita di luar sana belum mahir mencari padanan saiz bra yang betul dengan tubuh badan. Jika anda membeli bra yang tidak sesuai dengan bentuk dada, sudah pasti kesannya sangat dirasai lebih-lebih lagi di bahagian bahu. Bukan saja di bahu tetapi ia juga terasa di bahagian dada.
Usah risau lagi, anda boleh saja memiliki bra yang di minati dengan mengukur saiz bra yang padan dengan tubuh badan. Perasankah anda, pada label bra terdapat banyak nombor untuk merangkumi saiz bra tersebut. Nombor itu adalah ukuran lilitan ataupun perimeter di sekeliling bahagian tulang rusuk dan abjad itu juga merujuk pada saiz cup bra yang anda pilih.
Masib belum faham? Mari berpandukan apa yang telah kami lampirkan di bawah dengan tepat.
1. Ukur band size

Cuba lilitkan tali pengukur ke sekeliling bahagian tulang rusuk yang bermula dari bahagian bawah buah dada. Hembuskan sedikit nafas dan jangan berdiri terlalu tegak. Lakukan dalam posisi mendada ke depan seperti biasa.
Ukuran dalam bentuk inci yang akan anda perolehi itu adalah band size. Nombor yang ada menunjukkan nombor yang terdapat dalam saiz bra. Dijadikan contoh, andai kata ukurannya bersaiz 34 dan ukuran bra anda kemungkinan adalah 34C. Jika anda mendapat ukuran nombor ganjil sila bundarkan nombor tersebut kepada nombor genap yang seterusnya.
2. Ukuran lilit di sekeliling bahagian dada
Lakukan lilitan di sekelilingbahagian dada bersesuaian dan jangan mengukur terlalu ketat. Buah dada anda mungkin saja terpenyek jika penggunaan bra yang tidak sesuai dan buah dada anda tidak sepatutnya mendapat layanan sebegitu. Perolehi ukuran bra anda dalam bentuk inci.
Cara pertama dan mudah untuk tahu saiz bra mana yang bersesuaian dengan dada anda. Jika anda mempunyai ukuran seperti 0.5 maka anda hanya perlu bundarkan saja nombor tersebut. Sila berpandukan pada gambar di bawah untuk kepastian.

3. Tolakkan band size dengan ukuran lilitan pada dada
Nombor yang ada pada lilitan dada tadi anda boleh tolakan dengan nombor ukuran pada band size. Perbezaan nombor hasil dari penolakan kedua-dua nombor maka itulah nombor penentu saiz bra yang anda pakai. Jika ianya kurang dari 1 inci, maka itulah saiz yang sesuai untuk anda pakai.
- 1 inci bersamaan cup A
- 2 inci bersamaan cup B
- 3 inci bersamaan cup C
- 4 inci bersamaan cup D
- 5 inci bersamaan cup DD
Jika saiz anda melebihi dari apa yang dilampirkan di atas, anda boleh saja merujuk kepada pakar di kedai menjual pakaian dalam yang bersesuaian dengan saiz yang anda miliki. Supaya anda rasa selesa mengenakan bra yang padan dengan tubuh badan.

Contoh ukuran bra
Katakan ukuran dada anda adalah 36.5 inci (dibundarkan ke 37 inci) dan band size anda adalah 33 inci (dibundarkan ke nombor genap 34 inci). Perbezaan di antara kedua-dua nombor itu adalah 3 inci. Jadi saiz bra yang ideal untuk anda adalah 34C.

Dah faham caranya? Cuba ukur pula dan dapatkan bra yang sesuai dan selesa. Jika ukuran dada anda adalah 36.5 inci kemudian bundarkan ia menjadi 37 inci dan band size anda adalah 33 inci caranya pun sama hanya perlu bundarkan menjadi nombor genap seperti 34 inci. Apa yang membezakan keduanya adalah hanya 3 inci sahaja. Maka saiz bra yang harus anda miliki adalah 34C.

Sekarang semestinya anda sudah faham bagaimana caranya bukan? Apa tunggu lagi, cuba ukur dan dapatkan bra yang selesa dan bersesuaian dengan saiz dada anda. Selamat mencuba.
Bincang post